KUALA LUMPUR: Pasukan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) berjaya mendapatkan khidmat pemain import dari Sierra Leone, Alhaji Kamara secara pinjaman dari kelab Sweden, IFK Norrkoping bagi memperkuatkan pasukan itu bagi mengharungi baki saingan Liga Malaysia, musim ini.
JDT menerusi laman sesawang mereka;www.johorsoutherntigers.com.my berkata pemain itu beraksi atas kapasiti pinjaman dan mereka mempunyai pilihan untuk membeli pemain berusia 21 tahun dari kelab Sweden itu.
Sebagai rekod, JDT sebelum ini mendapatkan khidmat pemain import dari Argentina, Patricio Julian Rodriguez dari kelab Brazil, Santos secara pinjaman bagi menggantikan seorang lagi penyerang importnya, Jorge Pereyra Diaz yang menyertai sebuah kelab di Brazil. - BERNAMA
Tiada ulasan: