Header ads

Header ads
» » GP Qatar : Hafizh Syahrin Mula Petak ke-19 Saingan Moto2

KUALA LUMPUR: Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah akan bermula dari barisan ketujuh pada pusingan pembukaan kejohanan dunia 2015 di litar antarabangsa Losail, Qatar.
Pelumba pasukan Petronas Raceline mencatat 2 minit 01.000 saat pada sesi kelayakan terakhir, Sabtu - 0.160 saat lebih pantas daripada pusingan terbaik semasa latihan bebas dengan catatan masa 2:01.160s.
Sukar mendapat rentaknya, pelumba berusia 21 tahun itu menghabiskan kebanyakan pusingan kelayakan tanpa dikejar pelumba lain yang sangat penting untuk mendapatkan sedikit masa tambahan bagi masa pusingannya.
Hafizh hanya mencatat masa terpantas ke-19 di grid 30 lelaki.

"Saya sedikit kecewa pada sesi kelayakan penting ini. Sepatutnya saya membuat pusingan lebih pantas lagi jika mahu meletakkan diri saya dengan beberapa pelumba yang pantas.
"Motosikal saya masih perlahan semasa dalam kelajuan tinggi dan arus gelinciran menjadikannya sedikit berbeza," katanya dalam satu kenyataan.
Kelas Moto2 sangat kompetitif sehingga terdapat 13 pelumba di hadapan Hafizh yang terus konsisten dengan pusingan dalam lingkungan had masa 2 minit manakala lima pelumba teratas diketuai Sam Lowes, mencatat masa di bawah 2 minit.
Lowes, yang menduduki tempat pertama dengan 1'59.423s, lebih dominan semasa menghadapi perlumbaan pertama walaupun mengalami kemalangan di peringkat kemudian.
Sementara itu, ketua pasukan, Barry Leong berkata mereka sedang merangka strategi untuk Hafizh bagi membolehkannya memperbaiki keputusan dalam perlumbaan hari ini.
"Hafizh sepatutnya mengambil beberapa pusingan sebelum ini di belakang beberapa pelumba yang pantas semasa pusingan kelayakan.
"Kebanyakan pesaing akan mengambil peluang mengikuti satu sama lain untuk mendapatkan masa pusingan yang lebih baik namun Hafizh terlepas peluang ini dan berakhir dalam beberapa kedudukan lebih rendah dalam lembaran masa terakhir.
"Kami akan merangka strategi untuknya dan berharap beliau akan menunjukkan persembahan lebih baik," katanya.
Pelumba Malaysia lain yang ditonjolkan dalam saingan Moto2 ialah Azlan Shah Kamaruzaman dari Idemitsu Honda Team Asia akan bermula pada kedudukan ke-23 selepas mencatat 2:01.397s manakala Zaqhwan Zaidi dari JPMoto Malaysia, yang mencatat masa 2:02.817s akan bermula pada kedudukan ke-27.
Pelumba Moto3, Zulfahmi Khairuddin dari pasukan Drive M7 SIC akan bermula di kedudukan ke-28 selepas mencatat masa terbaik 2:08.040s manakala rakan pasukannya Jakub Kornfeil dari Republik Czech mencatat 2:07.602s untuk bermula pada kedudukan ke-26.
Hujung minggu ini kejohanan Dunia MotoGP 2015 bermula waktu malam di Qatar dengan 18 perlumbaan pertama yang dijadualkan. - BERNAMA

About Nobody

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Catatan Terbaru
»
Previous
Catatan Lama

Tiada ulasan:

Leave a Reply