KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong mengecewakan peminat sukan badminton negara apabila tersingkir pada pusingan pertama Kejohanan Siri Super Terbuka Malaysia 2015 di Stadium Putra, Bukit Jalil, hari ini.
Beregu negara itu tunduk kepada pasangan China, Chai Biao-Hong Wei 18-21, 21-15, 14-21 dalam saingan selama sejam.
"Sebenarnya permainan kami bukan begitu teruk kerana gagal mengawal perlawanan. Keserasian lebih baik berbanding semasa Terbuka Sweden bulan lalu," kata Wee Kiong pada sidang media selepas perlawanan itu.
Dalam pada itu, pasangannya, V Shem berkata tuah tidak menyebelahi mereka untuk mengibar Jalur Gemilang ke pusingan kedua, esok.
"Pada set ketiga itu, beregu China mengubah strategi dengan melancarkan rentak pantas sehingga kami gagal mengejar pungutan mata," katanya. - BERNAMA
Tiada ulasan: