KUALA LUMPUR: Wakil kelab Terengganu, T-Team mengukuhkan kedudukan di puncak Liga Perdana selepas mengatasi UiTM FC 2-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam ini. Keputusan itu menyaksikan mereka terus kekal di persada liga dengan kutipan 17 mata selepas mengharungi lapan perlawanan.
Dua gol skuad 'The Titans' dijaringkan oleh pemain import, Farhod Tadjiyev pada minit ke-10 dan Sadriddin Abdullaev pada minit ke-47.
Terdahulu, T-Team terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas pengadil, Khairul Rizal Ismail melayangkan kad merah kepada Abdullaev pada minit ke-76 kerana mengasari pemain pasukan pelawat.
Di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah meleburkan rekod tanpa kalah Pulau Pinang musim ini dengan kemenangan tipis 1-0, hasil jaringan Eamon Zayed pada minit ke-27. Kejayaan itu membolehkan Sabah memintas Pulau Pinang di tangga kedua liga.
Di Stadium Darul Aman, pasukan Kedah turut mengutip tiga mata penuh selepas mengalahkan Negeri Sembilan yang dikenali sebagai NS Matrix musim ini menerusi kemenangan 2-1. Chidi Edeh terlebih dahulu meletakkan skuad 'Helang Merah' di hadapan seawal minit ke-11 perlawanan sebelum Jean Marc Alexandre menyamakan kedudukan untuk NS Matrix pada minit ke-75. Pemain import dari Albania, Liridon Krasniqi memastikan tiga mata penuh untuk Kedah menerusi jaringan kemenangan pada minit ke-82.
Wakil kelab Pahang, Kuantan FA pula meraih kemenangan kedua musim ini setelah mengalahkan SPA Putrajaya FC 1-0, hasil sepakan penalti pemain import, Milan Purovic pada masa kecederaan babak kedua perlawanan di Stadium Darul Makmur.
Dalam pada itu, Kuala Lumpur gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri selepas seri 1-1 menentang Johor Darul Ta'zim II di Stadium Merdeka. Hattaphon Bun An meletakkan skuad 'The Hawks' di hadapan pada minit ke-18 sebelum pemain Kuala Lumpur, Muhd Zameer Zainun tertampan bola ke dalam gol sendiri pada minit ke-28.
Dua pasukan kelab, PKNS FC dan DRB Hicom FC turut berkongsi satu mata selepas seri tanpa jaringan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya. - BERNAMA
Topics: ligaperdana
About Nobody
Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Popular Posts
-
KUALA LUMPUR: Wakil kelab Terengganu, T-Team mengukuhkan kedudukan di puncak Liga Perdana selepas mengatasi UiTM FC 2-0 di Stadium Sultan ...
-
KUALA LUMPUR: Pelumba Drive M7 Sepang International Circuit (SIC) , Zulfahmi Khairuddin menduduki tempat ke-20 di perlumbaaan motosikal ( ...
-
HOCKENHEIM, Jerman – Teka-teki berhubung venue penganjuran kejohanan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Jerman musim ini akhirnya terjawab a...
-
KUALA LUMPUR: Pasukan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) berjaya mendapatkan khidmat pemain import dari Sierra Leone, Alhaji Kamara s...
-
KUALA LUMPUR: Pelumba SuperSports 600cc negara, Mohamad Zamri Baba, yang cedera parah akibat kemalangan dalam perlumbaan di Indonesia dan ...
-
Kuala Lumpur: Tiada masalah buat pemain perseorangan lelaki negara Chong Wei Feng (gambar) menempah slot ke suku akhir Kejohanan Badminto...
-
Kuala Lumpur: Penyerang Selangor Muhammad Afiq Azmi memberi isyarat kepada pengendali Harimau Malaya Dollah Salleh bahawa dia antara pema...
-
PELUMBA Ferrari, Sebastian Vettel berpendapat pasukannya perlukan lebih masa untuk mencapai tahap yang sama seperti ditonjolkan Mercedes. ...
-
MANUSIA terpantas di dunia, Usain Bolt melahirkan rasa kecewanya selepas Persekutuan Olahraga Dunia memendekkan hukuman gantung ke atas se...
-
PEMENANG anugerah Ballon d'Or, Cristiano Ronaldo disenaraikan penyerang ke-29 terbaik Eropah, mengikut kajian terbaru. Kajian oleh...

Tiada ulasan: