SHANGHAI: Juara bertahan, Lewis Hamilton, melebarkan kedudukan selaku pendahulu kejuaraan Formula Satu (F1) musim ini apabila muncul juara Grand Prix (GP) China, sebentar tadi. Hamilton mengatasi rakan sepasukan Mercedes, Nico Rosberg di tempat kedua, selepas bermula dari petak utama. Perlumbaan sejauh 56 pusingan itu berakhir di belakang kereta keselamatan selepas pemandu Toro Rosso, Max Verstappen, mengalami kegagalan enjin di laluan utama ke garisan penamat ketika saingan berbaki dua pusingan. Sementara itu, juara dunia empat kali, Sebastian Vettel dari Ferrari menamatkan perlumbaan di tempat ketiga di hadapan rakan sepasukannya, Kimi Raikkonen. Ini kemenangan kedua Hamilton musim ini selepas memenangi GP Australia, 15 Mac lalu manakala GP Malaysia di Sepang, 29 Mac lalu dimenangi Vettel. - Reuters
KEPUTUSAN GP CHINA
1. Lewis Hamilton (GBR/Mercedes) 305.066 km dalam 1 jam 39 minit 42.008 saat (purata kelajuan: 183.590 km/j)
2. Nico Rosberg (GER/Mercedes) ketinggalan 0.714 saat
3. Sebastian Vettel (GER/Ferrari) ketinggalan 2.988 saat
4. Kimi Raikkonen (FIN/Ferrari) ketinggalan 3.835 saat
5. Felipe Massa (BRA/Williams) ketinggalan 8.544 saat
6. Valtteri Bottas (FIN/Williams) ketinggalan 9.885 saat
7. Romain Grosjean (FRA/Lotus) ketinggalan 19.008 saat
8. Felipe Nasr (BRA/Sauber AG) ketinggalan 22.625 saat
9. Daniel Ricciardo (AUS/Red Bull) ketinggalan 32.117 saat
10. Marcus Ericsson (SWE/Sauber AG) ketinggalan 1 pusingan
11. Sergio Perez (MEX/Force India) ketinggalan 1 pusingan
12. Fernando Alonso (ESP/McLaren) ketinggalan 1 pusingan
13. Jenson Button (GBR/McLaren) ketinggalan 1 pusingan
14. Carlos Sainz Jr (ESP/Toro Rosso) ketinggalan 1 pusingan
15. Will Stevens (GBR/Marussia) ketinggalan 2 pusingan
16. Roberto Merhi (ESP/Marussia) ketinggalan 2 pusingan
17. Max Verstappen (NED/Toro Rosso) ketinggalan 4 pusingan
Gagal menamatkan perlumbaan
1. Nico Hulkenberg (GER/Force India): Pusingan ke-10
2. Daniil Kvyat (RUS/Red Bull): Pusingan ke-16
3. Pastor Maldonado (VEN/Lotus): Pusingan ke-50
4. Max Verstappen (NED/Toro Rosso): Pusingan ke-53
Topics: f1
About Nobody
Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Popular Posts
-
KUALA LUMPUR: Wakil kelab Terengganu, T-Team mengukuhkan kedudukan di puncak Liga Perdana selepas mengatasi UiTM FC 2-0 di Stadium Sultan ...
-
KUALA LUMPUR: Pelumba Drive M7 Sepang International Circuit (SIC) , Zulfahmi Khairuddin menduduki tempat ke-20 di perlumbaaan motosikal ( ...
-
HOCKENHEIM, Jerman – Teka-teki berhubung venue penganjuran kejohanan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Jerman musim ini akhirnya terjawab a...
-
KUALA LUMPUR: Pasukan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) berjaya mendapatkan khidmat pemain import dari Sierra Leone, Alhaji Kamara s...
-
KUALA LUMPUR: Pelumba SuperSports 600cc negara, Mohamad Zamri Baba, yang cedera parah akibat kemalangan dalam perlumbaan di Indonesia dan ...
-
Kuala Lumpur: Tiada masalah buat pemain perseorangan lelaki negara Chong Wei Feng (gambar) menempah slot ke suku akhir Kejohanan Badminto...
-
Kuala Lumpur: Penyerang Selangor Muhammad Afiq Azmi memberi isyarat kepada pengendali Harimau Malaya Dollah Salleh bahawa dia antara pema...
-
PELUMBA Ferrari, Sebastian Vettel berpendapat pasukannya perlukan lebih masa untuk mencapai tahap yang sama seperti ditonjolkan Mercedes. ...
-
MANUSIA terpantas di dunia, Usain Bolt melahirkan rasa kecewanya selepas Persekutuan Olahraga Dunia memendekkan hukuman gantung ke atas se...
-
PEMENANG anugerah Ballon d'Or, Cristiano Ronaldo disenaraikan penyerang ke-29 terbaik Eropah, mengikut kajian terbaru. Kajian oleh...

Tiada ulasan: