Header ads

Header ads
» » Chong Wei Tersungkur

KUALA LUMPUR: Bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei, yang sedang menunggu perbicaraan kes doping, jatuh ke tangga ke-16 dalam ranking terbaru Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Khamis. 


Pemain berusia 31 tahun itu menghuni ranking teratas pada Disember tahunlepas dengan 84,631 mata selepas memperoleh 10,200 mata atas pencapaian tempat kedua pada Kejohanan Dunia BWF 2014 di Copenhagen, Denmark dari 25 hingga 31Ogos tahun lepas. 

Chong Wei, yang kini menhadapi penggantungan sementara atas kesalahan doping, mungkin berdepan dengan hukuman penggantungan sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan, dan hukuman itu boleh menamatkan kariernya lebih awal. 

Sebelum ini, Chong Wei, yang memegang kedudukan pertama ranking dunia selama tiga tahun 11 bulan bermula 28 Ogos, 2008, telah mengumumkan akan bersara selepas Sukan Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil, tahun depan. 

Kejatuhan ranking Chong Wei disebabkan penggantungan sementara oleh BWF sehingga pemain itu tidak dapat beraksi pada Kejohanan All England, Terbuka India dan kini Terbuka Malaysia. 

Dalam pada itu, pemain perseorangan lelaki nombor dua negara, Chong Wei Feng hanya menghuni tangga ke-44 dengan jumlah 29,139 mata manakala Zulfadli Zulkiflidi tangga ke-48 dengan 27,920 mata. 

Pemain China, Chen Long mengungguli ranking dunia dengan 77,961 mata diikuti pemain Denmark, Jan O Jorgensen (72,993 mata) dan bekas pemain nombor satu dunia, Lin Dan dari China di tangga ketiga dengan 70,500 mata. 

About Nobody

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Catatan Terbaru
»
Previous
Catatan Lama

Tiada ulasan:

Leave a Reply