Skuad kendalian Mehmet Durakovic bakal memulakan kempen pemanas badan mereka apabila bersaing di Piala Walikota Padang yang akan berlangsung pada 4 hingga 8 Januari depan.
Sebanyak 6 pasukan akan bersaing antara satu sama lain antaranya PSP Padang, Semen Padang, Persib Bandung dan Persiba Balikpapan.Selain Selangor, Sarawak juga antara pasukan yang terlibat.
Kejohanan itu menjadi medan terbaik untuk Durakovic mencuba pemain import barunya iaitu Robert Cornthwaite selaku pertahanan, Leandro Dos Santos selaku pemain tengah dan juga pengganti Paulo Rangel, Guilherme De Paula di bahagian serangan.
Tentu sekali penyokong setia skuad Red Giants atau UltraSel mahu melihat kemampuan Guilherme De Paula untuk meledak gol.
Penyerang Brazil mereka sebelum ini Paulo Rangel telah meninggalkan kelab itu selepas dikatakan gajinya tidak dibayar.
Disamping itu, ianya pasti menjadi pengalaman menarik buat Andik Vermansyah yang akan pulang ke tanah air dan berdepan dengan pemain senegaranya sendiri.
Musim lepas, skuad Red Giants sekadar menduduki tangga kedua Liga Super hanya tiga mata dibelakang juara Johor Darul Takzim.
Teruskan bersama Edisi Sukan Malaysia dan Dunia untuk lebih liputan dan laporan sukan.
Tiada ulasan: