Walaupun bukan lagi digelar pemain nombor satu dunia namun ianya tidak bererti Datuk Lee Chong Wei bukan lagi seorang jaguh badminton dunia.
Chong Wei sememangnya dikenali sebagai atlit yang tidak mudah putus asa di atas gelanggang badminton dan sudah pasti dia tidak berhajat untuk berputus asa apabila berdepan dugaan getir dalam kariernya ketika ini.Pada 24 Disember lepas, jaguh China Chen Long telah pun disahkan sebagai pemain nombor satu dunia memintas Chong Wei yang tidak dibenarkan untuk menyertai mana-mana kejohanan selepas didapati positif ujian doping yang dijalankan secara rawak ketika beraksi di Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark .
Chen Long memungut 90,001 mata meninggalkan Chong Wei di tangga kedua dunia dengan 84, 631 mata berdasarkan ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Nasib Chong Wei bakal ditentukan apabila berhadapan dengan perbicaraan BWF Januari nanti.
Pemain perseorangan utama negara itu menduduki tahkta no.1 dunia sebaik tamat Sukan Olimpik 2008 dan dalam tempoh tersebut hanya sekali Chong Wei tergelincir ke tangga ke-2 iaitu kepada Lin Dan pada tahun 2012.
Sekiranya perbicaraan berjalan dengan lancar mungkin Datuk Lee Chong Wei berpeluang beraksi di Sukan Olimpik Rio 2016 namun perlu berdepan saingan kelayakan yang akan berlangsung pada Mei tahun hadapan.
Dipetik dari Astro Arena.
Tiada ulasan: