Pun begitu skuad bimbingan jurulatih Razip Ismail ini berjaya membuka jaringan awal apabila kapten negara, Nazirul Naim Che Hashim menyempurnakan sepakan percuma yang menarik dari jarak 34 meter menewaskan penjaga gol Vietnam, Nouyen Hoai Anh pada minit ke-33.
Namun kegembiraan skuad negara meraih jaringan awal tidak berpanjangan apabila rembatan kencang V.H Toan pada minit ke-38 di luar kotak penalti membuatkan barisan pertahanan negara terkedu.
Tersentak dengan gol penyamaan itu, aksi pemain-pemain negara mula kelihatan goyang malah gagal menyekat kepantasan pihak lawan.
Enam minit selepas itu, pasukan kendalian jurulatih Jepun Toshiya Miura menambah duka skuad negara apabila penyerang Nguyen Cong Phuong melakukan gerakan pantas ke arah gol tanpa kelibat barisan pemain pertahanan negara yang mengawasinya sebelum tamat babak pertama.
Bersambung ke babak kedua permainan, skuad negara semakin tertekan dengan serba tidak menjadi malah tidak nampak semangat atau keinginan untuk menyerang mencari gol.
Masalah komunikasi dan keserasian di antara pemain-pemain negara membuatkan corak permainan semakin longgar sekaligus peluang itu digunakan pihak lawan untuk terus melakukan serangan.
Bagaimanapun kedua-dua pasukan gagal menambah sebarang jaringan sehingga empat minit masa tambahan sebelum pengadil dari Australia Christopher Beath meniup wisel penamat.
Kekalahan ini pastinya menyukarkan skuad negara untuk menempatkan diri dalam dua pasukan terbaik kumpulan memandangkan kini pasukan Jepun mendahului kedudukan selepas kemenangan besar 7-0 ke atas Macau ketika aksi pembukaan kumpulan pada petang Jumaat.
Skuad negara bakal berdepan dengan pasukan Macau pada aksi kedua Ahad ini dan sudah tentu peminat-peminat bola sepak tanah air mengharapkan permainan yang lebih bertenaga dihidangkan.
Manakala pada 31 Mac ini aksi lebih sukar dijangka apabila bertemu dengan Jepun dalam aksi terakhir peringkat kumpulan.

dipetik : mstar
Tiada ulasan: