Header ads

Header ads
» » Jenson Button Yakin Kerjasama Positif Bersama Alonso

LONDON – Pemandu jentera F1 McLaren-Honda, Jenson Button ya­kin dapat menjalin kerjasama positif dengan rakan sepasukannya, Fernando Alonso menjelang perlumbaan pertama musim ini.


Button turut berharap dia dan Alonso dapat memanfaatkan pengalaman terdahulu untuk membantu melon­jakkan semula prestasi McLaren yang kembali menggunakan enjin Honda bagi saingan F1 musim ini.
Alonso yang menggantikan Kevin Magnussen sejak awal musim ini juga dilihat sebagai antara pemandu terhebat digandingkan dengan Button untuk memperkuat skuad McLaren.
Gandingan tersebut dilihat sema­kin saling memahami selepas mereka menyaksikan cara masing-masing bekerja ketika menjalani sesi ujian jentera di Litar Jerez, Sepanyol baru-baru ini.
Meskipun menyedari Alonso bakal menjadi pencabar terdekatnya, Button kekal optimis untuk menimba pengalaman bersama pemandu dari Sepanyol itu.
“Semua pemandu ingin mempunyai rakan sepasukan yang kompe­titif. Rakan sepasukan anda diberi kelengkapan yang sama dan ia sangat berkesan untuk belajar serta melihat kemampuannya menggunakan jentera yang sama seperti anda pandu,” ujarnya.
Tambah Button lagi, dia boleh memanfaatkan banyak peluang belajar menerusi kehadiran Alonso yang pernah memandu untuk beberapa pa­sukan lain sebelum ini.
“Seseorang itu mengutip banyak pengalaman di sepanjang perjalanan hidupnya. Ia adalah perkara berguna apabila mendapat rakan sepasukan yang berpengalaman.
“Kehadiran Alonso memberi kele­bihan besar kepada pasukan. Saya juga sentiasa ingin mempunyai rakan sepasukan seperti Alonso,” kata Button. – Agensi

About Nobody

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Catatan Terbaru
»
Previous
Catatan Lama

Tiada ulasan:

Leave a Reply