BRISBANE: Tim Cahill muncul wira Australia apabila dua gol pemain veteran itu memacu pasukan tuan rumah layak ke separuh akhir kejohanan bola sepak Piala Asia 2015.
Semalam, bekas penyerang Everton itu meledak dua kali membantu pasukan menewaskan China 2-0 dalam saingan suku akhir di sini.
Gol pertama daripadanya pada minit ke-49 amat menakjubkan menerusi sepakan gunting yang dilabel terbaik dalam kancah kejohanan benua ini dan menambah angka kedua dengan tandukan padu minit ke-65.
Australia kini akan berdepan Jepun atau Emiriyah Arab Bersatu dalam separuh akhir nanti. - AFP
Tiada ulasan: